Wednesday, May 20, 2009

Cara menghantar video anda ke Youtube




Apakah Youtube?

Youtube adalah perkhidmatan video online yang percuma bagi sesiapa sahaja untuk menonton, menghantar dan berkongsi video mereka dengan sesiapa sahaja di pelusuk dunia melalui talian internet.


Cara-cara menghantar video anda ke Youtube

1. Anda perlu mendaftar secara percuma terlebih dahulu

2. Sediakan video anda dalam apa jua format yang diterima, sebaik-baiknya dalam bentuk MPEG4 (xvid atau divx), dengan resolusi 320x240, beraudio MP3, dan frame 30fps. Lebih baik jika anda dapatkan converter dan tukar video anda dalam bentuk FLV. Pastikan ia bukan bahan dengan hakcipta terpelihara. Saiz maksima adalah 100MB dan tempoh paling lama adalah 10 minit sahaja. Jika video anda panjang sehingga satu jam contohnya, anda boleh pecahkan ia menjadi beberapa video dengan tempoh 10 minit setiap satu dan labelkan dengan sempurna dengan format "Tajuk 1 of 5" atau "Tajuk 1/5" dan sebagainya.

3. Klik Upload Videos, kemudian masukkan butir-butir pendaftaran anda

4. Masukkan maklumat video anda seperti tajuk, keterangan, kategori, bahasa dan tekan Go upload a file ,

5. Pilih sama ada anda ingin semua orang melihat video anda (public) atau tidak (private) dan tekan Upload Video

6. Anda perlu tunggu beberapa lama untuk video anda selesai di hantar ke Youtube.


Sumber: Web Video Zone


Contoh video dari Youtube:

2 comments:

  1. tuan, kalautak keberatan boleh tak tolong buatkan saya satu gambar header cun punya utk letak kat atas blog, dgn latar belakang gambar masjid, dgn nama Ziarah76 timbul...

    hehehe... kalau sudi la kiranya...

    ReplyDelete
  2. mudah sya faham sekarang thnkz

    ReplyDelete