Friday, August 7, 2009

Penjagaan komputer anda

Komputer adalah pelaburan anda yang berharga, tidak kira sama ada anda menggunakannya untuk membuat tugasan sekolah, menyiapkan tesis atau kertas kerja anda, menjalankan urusan pekerjaan atau perniagaan anda, atau sekadar untuk melayari internet, bermain game atau memuat-turun fail di internet. Sebagaimana kereta anda perlukan penjagaan dan penyelenggaraan, atau rumah anda perlu dibuat "house-keeping", begitu juga computer anda perlukan perhatian sedemikian bagi mengelakkan pelbagai masalah termasuk dijangkiti virus yang mungkin merosakkan fail anda atau komputer anda, atau sekadar melambatkan proses sistem komputer anda. Sekiranya anda menggunakan komputer majikan anda, adalah lebih baih membiarkan komputer anda diselenggarakan oleh juruteknik yang dikhususkan untuk komputer anda. Begitu juga jika komputer anda masih baru dan di dalam jaminan pengilang.


Pelbagai jenis ancaman terhadap komputer anda:



1. Perisian / program yang mengganggu perjalanan komputer anda

Terdapat pelbagai jenis program yang boleh menjadi ancaman kepada komputer anda dan dengan adanya pelbagai program hibrid di zaman ini, adalah sukar untuk mengklasifikasikan sesuatu ancaman di dalam kategori tertentu. Namun begitu, program yang mengancam komputer anda boleh dikenal pasti melalui fungsi atau kesan ke atas komputer anda. Antaranya adalah virus, spyware, adware, malware, trojan, worm, rootkit dan backdoor


Virus
Virus adalah sejenis program komputer yang boleh menyalin sendiri failnya dan berjangkit ke komputer lain tanpa pengetahuan pemilik komputer tersebut melalui network atau internet, floppy disk, CD, DVD atau USB.
Virus sering disalah ertikan sebagai malware, adware atau spyware kerana program-program ini tidak boleh membuat replika fail mereka sendiri ke dalam komputer yang lain.
Virus adalah merupakan salah satu jenis malware di samping worm, trojan, rootkit, spyware, adware (dengan tujuan yang tidak baik), crimeware dan pelbagai jenis perisian yang bertujuan jahat dan tidak diingini, sama ada disedari atau tidak oleh pengguna komputer tersebut


Spyware
Spyware adalah sejenis malware yang berada di dalam komputer tanpa disedari oleh pemilik komputer dengan tujuan mengumpul maklumat tentang pengguna, komputer atau lokasi yang dikunjungi semasa di internet tanpa mendapat persetujuan pemiliknya.

Ia juga boleh mengganggu sistem kawalan komputer dengan membuat alihan kepada sesuatu lokasi tertentu di internet atau membawa turun sesuatu perisian tertentu tanpa pilihan oleh pengguna komputer. Ia boleh mengubah tetapan (setting) komputer dan mengakibatkan sambungan ke internet menjadi perlahan dan lembab.

Terdapat beberapa cara untuk mengatasi masalah spyware, antaranya adalah dengan menyekat atau menghapuskan program spyware menggunakan perisian tertentu atau beberapa tindakan oleh pengguna untuk mengurangkan risiko ancaman ke atas komputer.

Namun begitu, sekiranya terlalu banyak jangkitan spyware ke atas sesebuah komputer, satu-satunya jalan keluar adalah dengan membuat back-up ke atas data yang ada dan menginstall semula sistem operasi (operating system) yang baru terutamanya apabila rootkit telah dijangkiti.

Program anti-spyware biasanya telah menjadi sebahagian daripada anti-virus seperti yang dihasilkan oleh Symantec, McAfee, AVG dan Microsoft Window Defender.

Terdapat juga program yang menyamar sebagai anti-spyware yang mengelirukan pengguna dengan mesej bahawa komputer mereka telah dijangkiti spyware dan perlu dihapuskan dengan program yang dicadangkan untuk dimuat-turun, tetapi sebenarnya adalah program spyware yang baru. Program seperti ini dipanggil "rogue software".
Antaranya adalah AntiVirus 360, Antivirus 2008 & 2009, AntiVirus Gold, ContraVirus, Errorsafe (AKA system doctor), MacSweeper, PAL Spyware Remover, Pest Trap, PSGuard, Spy Wiper, Spydawn, Spylocked, Spysheriff, SpyShredder, Spyware Quake, SpywareStrike, UltimateCleaner, WinAntiVirus Pro 2006, WinFixer dan WorldAntiSpy. Adalah dinasihatkan supaya anda tidak menggunakan sebarang freeware anti-spyware kecuali yang telah diperakui sebagai anti-spyware yang sah.

Ada beberapa cara untuk anda mengelakkan komputer anda dijangkiti spyware.
Antaranya adalah:
1. Menggunakan pelbagai program alternatif untuk melayari internet seperti Opera, Firefox dan Google Chrome selain daripada Internet Explorer. Terdapat sumber yang memberitahu bahawa Internet Explorer adalah terdedah kepada ancaman spyware yang lebih tinggi kerana penggunaan Active X nya.

2. Menyekat perhubungan dengan laman web yang diketahui sebagai penyebar spyware melalui network firewall dan web proxies. Ini dilakukan oleh ISP tertentu seperti di kolej dan universiti.

3. Memuat turun program dari laman yang menyediakan anti-spyware scan seperti Ad-ware dan Spyware Doctor kepada program-program yang disediakan sama ada dalam bentuk freeware atau shareware (percubaan)

4. Dapatkan anti-spyware yang terkini dengan membuat kemaskini yang terbaru. Sekiranya anda telah pasti spyware sedang menjangkiti komputer anda, putuskan hubungan internet dengan serta-merta bagi mengelakkan komputer anda dikawal secara remote melalui internet. Hapuskan program tersebut dan elakkan daripada mengunjungi laman yang menjadi sumber spyware tadi.


Adware
Adware adalah perisian yang berunsur iklan di mana ia menyiar atau memuat-turun iklan selepas ianya mula digunakan. Terdapat juga iklan yang boleh menganggu atau mengalihkan perhatian dari tugasan yang sedang dibuat oleh pengguna. Ia biasanya berkait dengan program dalam tempoh percubaan (shareware) yang mengingatkan pengguna untuk mendapatkan versi program yang berdaftar atau berlesen. Sesetengah adware akan melambatkan sistem komputer kerana menggunakan memori untuk memainkan iklan atau sekadar untuk memaksa pengguna mendapatkan perisian yang diiklankan atau membeli program tersebut (jika ianya shareware)


Malware
Malware adalah singkatan kepada "malicious software" iaitu program yang direka untuk menembusi sistem sekuriti atau merosakkan sistem komputer tanpa izin pengguna komputer tersebut. Malware boleh didapati dalam bentuk virus, worm, trojan horse, rootkit, spyware, adware (dengan tujuan jahat), crimeware dan pelbagai program yang tidak diingini.

Ada juga malware yang digunakan untuk tujuan keuntungan seperti spyware, botnet, keystroke logger dan dialer

Malware juga mungkin direka untuk mencuri data tanpa pengetahuan pemilik komputer tersebut. Antara contohnya adalah Bancos (memalsukan laman bank untuk mencuri maklumat sensitif), Gator (mengumpul maklumat tentang tabiat melayari internet yang digunakan untuk analisa iklan pop-up yang telah disasarkan), LegMir (mencuri maklumat seperti nama akaun dan kata laluan berkaitan dengan permainan online) dan Qhost (juga seperti Bancos, memalsukan laman web institusi kewangan untuk mencuri maklumat sulit berkenaan akaun pemilik komputer)

Program anti-malware dikhaskan untuk memberi perlindungan khusus kepada pemilik komputer yang diancam malware secara lebih kerap berbanding dengan virus dan spyware.

Program seperti ini menangani malware dengan 2 cara:
1. memberi perlindungan secara real-time iaitu dengan mengelakkan daripada program malware dimuat-turun dan digunakan. Ini dilakukan dengan memantau data network yang memasuki sesebuah komputer dan menyekat sebarang ancaman

2. mengenalpasti ancaman yang telahpun berada di dalam komputer tanpa disedari sebelum ini dan menghapuskannya. Ini termasuk di dalam registry, fail sistem operasi (Windows) dan program-program lain yang sedang digunakan oleh komputer tersebut. Teknik ini adalah lebih mudah berbanding dengan pemantauan secara online kerana ancaman-ancaman ini biasanya telah dikenalpasti dan telah berada di dalam database anti-malware tersebut. Database perlu selalu dikemaskini (melalui muat-turun secara online) bagi memastikan ancaman-ancaman terbaru dapat dikenalpasti dalam proses pemantauan


Worm
Worm mengambil kesempatan ke atas kekurangan sistem kawalan dan merebak tanpa menjadi sebahagian dari hos.

Perbezaan worm dengan virus adalah virus memerlukan hos untuk kod programnya berjalan dengan menjadi sebahagian daripada program hos manakala worm boleh berkembang di dalam network tanpa hos atau programnya dan ia boleh bersembunyi di dalam fail sistem tanpa disedari.

Contoh worm yang popular adalah Melissa (1999), Sobig (2003), Mydoom (2004), SQL Slammer dan Blaster


Trojan
Namanya diambil bersempena dengan fungsinya yang menyamai lagenda kuda trojan yang mana ia memasuki sistem pertahanan dengan menyamar seperti program biasa, tetapi mempunyai agenda yang tersembunyi. Antaranya adalah menghapuskan fail-fail pengguna atau administrator di dalam komputer, mencuri maklumat daripada komputer atau memasukkan program yang tidak diingini oleh pengguna.

Pengaktifan worm atau trojan horse akan mengancam data, proses atau network sistem komputer yang menjadi hos kepadanya.


Rootkit
Rootkit adalah teknik untuk menyembunyikan program yang tidak diingini dengan mengubah sistem operasi hos sehingga tidak boleh dilihat melalui senarai proses yang sedang berjalan atau dibaca. Selepas ia berada di dalam sistem, ia akan mendapat akses setaraf dengan penyelia komputer (administrator) dan mengubah sistem operasi komputer mengikut fungsinya. Antaranya seperti memuat-turun virus, malware atau trojan ke dalam komputer dan membolehkan program-program tersebut membolosi sistem sekuriti atau pemantauan anti-virus atau anti-malware. Ada sesetengah program boleh mengelak daripada dihapuskan daripada sistem komputer, menyebabkan pengguna tiada pilihan lain kecuali membuat back-up data mereka dan memasukkan (install) fail sistem operasi yang baru.


Backdoor
Ia adalah cara untuk melepasi sistem sekuriti komputer melalui prosedur autentikasi yang biasa (normal authentication procedure) dengan membolehkan akses kepada komputer secara remote (lokasi lain di internet) tanpa dikesan.

Ianya berguna untuk pengaturcara (programmer) memperbaiki kesilapan pada sesebuah komputer tanpa berada di hadapan komputer tersebut (menerusi komputer di lokasi yang berlainan), namun boleh disalahgunakan jika dapat dikenalpasti oleh individu yang tidak sepatutnya tahu.



2. Individu yang mengambil kesempatan ke atas komputer anda


Penggodam komputer (hacker)

Individu seperti ini mempunyai matlamat melepasi sistem sekuriti sesebuah komputer dan mendapatkan akses kepada data, maklumat atau program khas yang terdapat di dalam sistem komputer tersebut. Tindakan ini mungkin dilakukan untuk mendapatkan maklumat berharga, menguji ketahanan sistem sekuriti sesebuah komputer, atau sekadar untuk keseronokan (hobi)

Phish
Phish adalah satu teknik untuk memperdayakan mangsa (penerima email) berupa email yang kelihatan seperti email rasmi daripada sebuah bank dengan tujuan mendapatkan maklumat sulit berkaitan dengan pemilik akaun bank tersebut.

Teknik yang biasa digunakan adalah arahan kepada penerima email (yang juga merupakan pemilik akaun bank) untuk mengesahkan akaun mereka secara online dengan memberikan maklumat sulit berkaitan dengan akaun bank mereka seperti nama (username), kata laluan dan maklumat kad kredit di laman web palsu (menggunakan logo sebenar bank) yang dimiliki oleh pemangsa tersebut.

Biasanya teknik ini dapat dikenalpasti dengan penggunaan bahasa yang kurang kemas dengan pelbagai ejaan yang salah.

Meskipun terdapat pelbagai sistem sekuriti yang digunakan oleh server, namun email phish tidak dapat dikenal pasti secara menyeluruh. Cara yang terbaik adalah dengan menghubungi bank anda dan mengesahkan kesahihan email tersebut sebelum memberikan sebarang maklumat sulit berkaitan dengan akaun anda.

Terdapat juga teknik di mana email tersebut memberikan link kepada laman web sebenar bank, tetapi memberikan skrin pop-up mengarahkan anda memberikan maklumat sulit berkaitan dengan akaun anda yang mana ianya akan diakses oleh pemangsa melalui skrin pop up tadi. Anda perlu berhati-hati sekiranya terdapat kelainan daripada cara biasa anda berurusan dengan bank anda secara online dan mendapatkan pengesahan daripada bank anda sebelum memberikan maklumat-maklumat sulit secara online.

Kegiatan email phish ini amat berleluasa di dalam sistem perbankan di Amerika Syarikat sehingga kerugian yang dialami oleh pengguna-pengguna komputer secara keseluruhannya telah meningkat daripada beratus juta dollar dalam tahun 2004/2005 kepada berbilion dollar dalam tahun 2007 menerusi jenayah ini.


SPAM
E-mail spam atau juga dikenali sebagai email sampah ialah teknik menghantar email secara banyak kepada pelbagai alamat email secara rawak tanpa mendapat persetujuan pemilik email tersebut terlebih dahulu. Alamat email biasanya dikumpul daripada tempat chat (chatroom), laman web, newsgroup atau email address book, secara manual (tindakan individu atau sesuatu pihak) atau menggunakan robot internet yang merayau ke segenap ruang laman di internet mengumpul maklumat berupa alamat email dalam format "pengguna@perkhidmatan.com" atau "pengguna@perkhidmatan.com.my" dan lain-lain lagi.

SUMBER: WIKIPEDIA


Apa anda perlu lakukan dengan PC/Laptop anda

1. Install Anti-virus untuk komputer anda

Sekiranya anda mengalami masalah berikut, komputer dan laptop anda mungkin telah dijangkiti oleh virus atau pelbagai program yang tidak diingini

- proses yang terlalu perlahan atau lembab
- program yang anda cuba mulakan tidak berfungsi
- perjalanan sistem yang tidak konsisten, kadangkala seperti terhalang
- komputer anda tertutup dengan sendiri atau bermula semula tanpa sebab
- Iklan atau mesej pop up yang berterusan dan tidak dapat dihentikan
- Perubahan pada tetapan (setting) sistem anda tanpa diketahui

Anda perlu memilih program anti-virus yang diiktiraf dan selalu mengemaskininya dengan memuat turun update bagi memastikan virus atau spyware yang baru akan dikawal daripada menjangkiti komputer anda. Di samping memuat turun kemaskini (update) terbaru, anda juga perlu memberi masa dengan kadar yang tertentu untuk membuat scan menyeluruh ke atas komputer anda termasuk USB flash drive anda bagi memastikan sebarang jangkitan virus, malware, spyware, adware dan lain-lain adalah terkawal.

Antara anti-virus yang diiktiraf dan terjamin untuk komputer anda adalah AVG, Norton 360, Windows Defender, Avira,

Anda juga boleh cuba link-link yang berikut:
http://free.avg.com/
http://www.spywareterminator.com/
http://www.download.com/Ad-Aware-2007/3000-8022_4-10045910.html?part=dl-ad-aware&subj=dl&tag=top5&cdlpid=10045910
http://www.filehippo.com/download_microsoft_antispyware/ http://www.filehippo.com/download_hijackthis/
http://www.filehippo.com/download_zonealarm_free/



2. Selenggara komputer anda

Antara perkara yang perlu anda ambil perhatian bagi memastikan perjalan komputer anda adalah lancar dan tidak tergendala adalah:

a) Bersihkan komputer dengan membuang fail-fail offline selepas melayari internet. Ini termasuklah fail-fail di dalam folder Temp anda seperti HTML, cookie dan fail-fail sementara program di internet. Sekiranya dibiarkan untuk jangkamasa yang lama, fail-fail ini akan memakan ruang yang banyak dan akan menjadikan proses komputer anda menjadi lembab. Sekiranya anda menggunakan Internet Explorer, caranya adalah dengan memilih: Tools > Internet Options > General > Browsing history > Delete
Anda juga boleh membuat tetapan untuk membuang Browsing history pada jangkamasa yang lebih pendek bagi mengelakkan ruang mnejadi sesak dengan fail-fail yang tidak lagi anda ingini. Bagi Internet Explorer, caranya adalah dengan memilih: Tools > Internet Options > General > Browsing history > Setting > Days to keep pages in history

Anda juga boleh menggunakan program freeware seperti CCleaner untuk melakukan tugasan membersihkan komputer anda daripada fail-fail yang tidak lagi digunakan.
anda boleh muat turun program ini di http://www.ccleaner.com/


b) Lakukan pembersihan (housekeeping) ke atas komputer anda

Anda perlu lakukan tugasan seperti Defragmentation, Disk clean up, Registry clean up dan Emptying Recycle Bin.

Defragmentation adalah proses menyusun semula fail-fail yang tersimpan dalam bentuk pecahan (fragmen) di dalam segmen-segmen yang berlainan di dalam hard disk anda (bergantung kepada ruang yang ada semasa fail diadakan). Dengan defragmentation, fragmen-fragmen sesebuah fail akan disatukan menjadi sebuah fail semula (atau berdekatan dengan satu sama lain). Ini akan memudahkan proses mengakses data apabila fail tersebut digunakan berbanding dengan fail yang memiliki fragmen-fragmen yang berasingan di dalam hard disk. Untuk membuat defragmentation, anda perlu menekan butang start di hujung bawah sebelah kiri komputer anda dan memilih: Programs > Accessories > System Tools > Disk Defragmenter

Membersihkan recycle bin anda juga penting kerana walaupun anda telah membuang fail anda, tetapi ia masih berada di dalam komputer dan menggunakan ruang memori komputer anda. Ini memberi kesan terutamanaya sekiranya fail yang anda buang memakan ruang yang besar di dalam hard disk anda. Dengan mengosongkan recycle bin anda (pilih option Recycle Bin > Empty recycle bin), anda akan mendapat semula ruang memori yang digunakan fail tersebut, tetapi awas! Fail tersebut tidak dapat dikembalikan semula sekiranya anda mengubah fikiran untuk tidak membuangnya (melalui pilihan Restore)

Setelah beberapa menggunakan komputer, dengan memuat-turun atau membuang pelbagai program daripada internet, anda mungkin mengalami proses yang lembab semasa menggunakan komputer anda. Ini mungkin disebabkan kesilapan pada program hardware (driver) atau software yang tidak dapat diperbetulkan melainkan dengan memformat komputer anda dan memasukkan program sistem operasi yang baru. Ini memerlukan anda untuk membuat backup kepada semua fail-fail persendirian anda termasuk dokumen, audio, video, imej dan lain-lain. Adalah menjadi satu keperluan untuk menyimpan fail-fail ini di satu tempat yang khas sama ada dalam partition berlainan hard disk anda, atau USB thumb drive bagi memudahkan anda untuk memformat hard disk anda. Ini termasuklah program installer untuk program-program khas yang anda gunakan dan program driver untuk pelbagai hardware komputer anda. Sekiranya anda ada internet, anda boleh memuat-turun fail driver yang baru, tetapi adalah lebih mudah jika anda ada failnya dalam simpanan anda. Setelah memformat dan memasukkan sistem operasi yang baru, komputer anda akan terasa lebih lancar dan pantas.

Anda juga boleh mencuba pelbagai program untuk membersihkan komputer anda daripada fail-fail yang tidak digunakan.

http://www.ccleaner.com/
http://www.iobit.com/advancedwindowscareper.html


c) Lindungi fail registry anda

Registry adalah database yang digunakan oleh komputer yang menggunakan sistem operasi Windows untuk menyimpan maklumat tetapan (setting) berkenaan dengan hardware, sistem operasi, pelbagai program yang digunakan oleh komputer dan setiap pengguna. Mengubah registry tanpa pengetahuan meluas tentangnya atau membiarkan registry anda terdedah kepada perubahan tanpa sebarang pemantauan boleh menyebabkan masalah kepada komputer anda. Jika anda ingin menggunakan registry cleaner terutamanya apabila terdapat sisa fail berkaitan dengan program yang telah anda buang, pastikan anda mendapatkan yang boleh dipercayai dan berkesan. Registry juga boleh dibersihkan dengan memformat semula hard disk anda dan memasukkan semula sistem operasi (operating system) yang baru, tetapi ini hanya perlu dilakukan sekiranya cara-cara lain sudah tidak berkesan lagi.

CCleaner juga menyediakan kemudahan untuk membersihkan registry anda.
http://www.ccleaner.com/



3. Memahami proses aktiviti komputer anda bagi mengelakkan masalah kepada komputer anda

"Shut down" komputer dengan cara yang betul

Jangan buang program secara men"delete" terus, gunakan uninstaller

Lindungi maklumat sulit anda seperti password dan fail-fail dokumen yang sensitif. Gunakan password jika perlu.

Sekiranya komputer anda dikongsi oleh beberapa pengguna, pastikan anda hapuskan maklumat persendirian dengan mendelete cookie dan fail offline

Sentiasa peka dengan perjalanan proses komputer anda. Proses yang terlalu lembab berbanding dengan biasa menandakan mungkin komputer anda sedang diancam virus, spyware atau malware yang lain.

Selalu update anti-virus dan anti-spyware anda. Jika tidak setiap hari, mungkin selang beberapa hari, kerana ancaman terbaru dalam dunia internet mungkin boleh datang bila-bila masa tanpa amaran

Anda boleh menentukan sama ada komputer anda perlu melakukan defragmentation dengan menganalisa disk drive anda dengan menekan butang start di hujung bawah sebelah kiri komputer anda dan memilih: Programs > Accessories > System Tools > Disk Defragmenter > Analyze

Defragmentation biasanya diperlukan sekiranya anda bekerja dengan fail-fail yang memakan ruang memori yang besar dan sering membuang dan menggantikannya dengan yang baru. Contohnya dengan membuat editing video dengan fail AVI yang besar.


Sumber: Ehow.com dan Howtosss.blogspot.com



















Saturday, August 1, 2009

Penjagaan laptop anda


Penjagaan laptop agak berbeza bebanding dengan komputer biasa (PC) walaupun kebanyakan teknik penjagaan boleh diaplikasikan kepada kedua-duanya Ini adalah kerana penggunaan laptop yang lebih versatil dan boleh dibawa ke mana-mana, menyebabkan ianya terdedah kepada risiko yang lebih tinggi. Di samping itu laptop mempunyai komponen yang diintegrasi menyebabkan kerja-kerja memperbaiki adalah lebih sukar dan menelan belanja yang lebih berbanding dengan komputer biasa (PC) yang mempunyai komponen yang berasingan dan mudah diceraikan.


Berikut adalah beberapa tip untuk penjagaan komputer laptop:

1. Memilih beg laptop yang sesuai

Ciri-ciri beg laptop yang sesuai:
- Tahan lama
- Mempunyai alas (padding) mencukupi bagi menyerap hentakan
- Tidak terlalu longgar (hingga laptop mudah bergerak)
- Tidak terlalu ketat (hingga boleh merosakkan bahagian laptop)
- Sesuai untuk semua pengguna terutamanya untuk dibawa dalam perjalanan



2. Penjagaan umum

Antara penjagaan umum yang perlu:
a) Jangan campak atau letakkan dengan kasar bagi melindungi bahagian-bahagian dalaman yang sensitif. Hentakan pada laptop anda boleh menyebabkan kerosakan yang serius kepada komponen dalaman termasuk hard disk

b) Jangan penuhkan beg laptop sehingga sendat dengan pelbagai perkakasan yang lain

c) Jangan tindih laptop (sama ada yang terbuka atau yang ditutup) dengan apa-apa sekalipun terutamanya benda berat yang boleh merosakkan bahagian sensitif laptop

d) Gunakan laptop di atas permukaan yang rata dan keras. Elakkan daripada meletak di atas katil atau permukaan yang lembut dan tidak sekata termasuk di atas riba anda untuk jangkamasa yang lama (walaupun laptop itu bermaksud di atas ribaan anda :-) )

e) Jauhkan laptop anda dari sumber magnetik yang tinggi kerana ia boleh merosakkan komponen dan data di dalam hard disk anda



3. Penjagaan skrin

a) Lindungi skrin daripada benda tajam, termasuk menunjukkan dengan benda-benda yang boleh merosakkannya termasuk pen dan pensil. Jika perlu, gunakan pointer mouse untuk menunjuk kepada bahagian tertentu pada skrin. Berbeza daripada monitor PC (yang diperbuat daripada kaca), skrin laptop diperbuat daripada bahan berupa gel yang sensitif.

b) Gunakan fungsi "screen saver" dan "power management" supaya skrin anda boleh berehat ketika tidak digunakan. Fungsi ini berkesan sekiranya anda menggunakan fungsi "screen saver" yang menggelapkan (hitam) skrin, bukan dengan pelbagai gambar yang menggunakan piksel skrin monitor laptop anda.

c) Di samping boleh merosakkan skrin, pen dan pensil juga boleh meninggalkan kesan comot pada skrin. Begitu juga dengan jari anda. Bagi mengelakkan peninggalan kesan yang sukar ditanggalkan gunakan pointer mouse untuk menunjuk sesuatu di atas skrin

d) Gunakan kain atau cecair pembersih yang tidak merosakkan skrin dan laptop anda. Elakkan mengguna kain lembab kerana air yang termasuk ke dalam laptop anda mungkin boleh membawa mudharat.

e) Jangan tutup bahagian atas laptop (skrin) semasa sedang beroperasi. Haba pada laptop boleh merosakkan skrin anda.




4. Penjagaan papan kekunci (keyboard).

a) Lindungi laptop anda daripada habuk dengan mengelakkan ianya terbuka (walaupun dengan suis tertutup) dengan jangkamasa yang lama tanpa digunakan. Ini kerana habuk boleh memasuki ke dalam bahagian dalam melalui keyboard.

b) Jangan terlalu kasar ketika menekan butang atau ketika mengelapnya dengan kain

c) Adalah bagus untuk menyediakan keyboard dan tetikus berasingan bagi mengelakkan penggunaan keyboard dan touchpad secara lebih kerap dan intensif (sesuai jika anda bukan di dalam perjalanan, contohnya ketika berada di rumah).



5. Memindahkan laptop

a) Jangan angkat laptop dengan memegang bahagian skrin, sebaliknya angkat pada bahagian kiri dan kanan dasar dengan mengekalkan kedudukannya

b) Jangan tutup bahagian atas laptop dan membawa secara menegak (seperti di dalam beg laptop) semasa ia sedang beroperasi, kerana ini boleh merosakkan hard disk yang sedang berpusing dan sensitif.

c) Cara terbaik adalah menutup secara "shut down" agar hard disk boleh berada dalam kedudukan yang selamat (parked) sebelum memindah laptop anda

d) Pastikan semua komponen yang disambung telah dicabut dengan cermat, kerana bahagian yang bersambung mungkin boleh rosak atau merosakkan laptop anda semasa pemindahan



6. Penggunaan laptop

a) Jangan biar laptop anda beroperasi telalu lama (lebih daripada satu hari) tanpa rehat. Berikan masa untuk ia berehat dengan "shut down" secara sempurna bagi mengelakkan haba yang berlebihan (overheating) sebelum menggunakannya semula.

b) Jangan tutup bahagian skrin dan jangan simpan di dalam beg laptop semasa laptop sedang beroperasi (walaupan di dalam mod "sleep" ) kerana hanya dengan "shut down" yang sempurna tiada haba yang terhasil dalam laptop anda

c) Jangan biar laptop anda terdedah tanpa pengawasan kerana anda boleh menjadi mangsa kecurian atau pencurian data sulit di dalam laptop anda. Simpan rekod berkenaan laptop anda seperti nombor siri dan model untuk menghadapi kes kecurian laptop anda.



7. Perlindungan daripada air atau wap

a) Elakkan menggunakan laptop berhampiran dengan air termasuk air minuman sejuk atau panas, atau di tempat berisiko terkena hujan (termasuk sebelah tingkap)

b) Elakkan menyimpan laptop anda di tempat yang lembab yang memudahkan jangkitan kulat atau karat dan kerosakan kepada komponen dalaman dan luaran laptop anda

c) Elakkan daripada menggunakan laptop semasa sedang makan atau minum.

Namun begitu jika berlaku tumpahan air ke atas laptop anda ambil langkah berikut
- tutup komputer anda dengan menekan butang "power" dengan segera

- tonggengkan laptop anda untuk membuang saki-baki air yang masih ada

- lapkan saki-baki cecair yang masih ada

- anda boleh gunakan pengering rambut, tetapi pastikan pada jarak dan suhu yang selamat agar tidak merosakkan permukaan dan komponen dalaman laptop anda

- tanggalkan komponen yang bersambung kepada laptop anda termasuk, USB drive, adaptor dan bateri dan lap jika terdapat air

- sebaik-baiknya jangan "on"kan suis laptop anda sebelum mendapat khidmat penyelenggara laptop anda bagi memastikan tiada kerosakan serius, kecuali jika anda telah benar-benar pasti air telah kering dan laptop selamat digunakan (sebaik-baiknya 24 jam selepas kejadian).

- hubungi penyelenggara komputer anda untuk mendapatkan nasihat dan dapatkan pemeriksaan rapi untuk laptop anda bagi memastikan tiada sebarang kerosakan serius atau untuk membaik-pulih sebarang kerosakan



8. Perlindungan daripada panas cahaya matahari

Jangan biarkan laptop anda terbiar di bawah cahaya matahari yang terik ataupun di dalam kereta anda.



9. Tip semasa perjalanan

a) Sekiranya anda menaiki kapal terbang, ada beberapa perkara yang perlu anda beri perhatian:

- bawa laptop and ke tempat duduk, jangan letakkan bersama bagasi anda yang lain.

- Jangan bawa laptop anda menerusi alat pengimbas "human metal detector" kerana tahap Xray yang tinggi boleh merosakkan hard disk anda berbanding dengan alat pengimbas bagasi.


b) Sebelum perjalanan, back-up data anda di tempat lain selain daripada laptop anda bagi mengelakkan risiko kehilangan data akibat kerosakan hard disk anda, malah persiapan sekiranya berlaku kehilangan atau kecurian ke atas laptop anda.

c) jangan gunakan laptop semasa berlaku gegaran kuat, contohnya semasa perjalanan di atas jalan yang kasar dan tidak sekata atau berbongol-bonggol. Ini bagi mengelakkan risiko hard disk rosak akibat gegaran yang berlebihan.

d) Sekiranya anda pergi ke luar negara, periksa voltan negara tersebut bagi mengelakkan spesifikasi yang tidak sesuai dan merosakkan laptop anda (dan barangan elektrik anda yang lain)

e) Sekiranya anda menginap di hotel dan ingin menggunakan modem, pastikan talian telefon itu menggunakan talian analog dengan voltan yang rendah. Talian digital dengan voltan yang tinggi boleh merosakkan motherboard dan modem anda.



10. Penjagaan bateri

Seperti bateri telefon bimbit atau PDA anda, bateri laptop mempunyai jangka-hayat yang rendah tanpa penjagaan yang rapi.

Beberapa perkara yang perlu diberi perhatian untuk jangka hayat bateri laptop yang lama:
a) jangan caj bateri laptop anda melebihi had. Sebaik-baiknya tutup suis elektrik apabila bateri laptop telah dicajkan sepenuhnya (100%)

b) penjagaan paling baik adalah dengan menggunakan elektrik apabila bateri telah dicajkan sepenuhnya, tetapi ini agak rumit kerana anda terpaksa menanggalkan bateri anda, atau ada sesetengah laptop yang tidak boleh beroperasi jika bateri ditanggalkan. Gunakan bateri hanya bila tidak sumber elektrik atau bila suis elektrik telah ditutup.

c) ambil langkah mengurangkan penggunaan bateri (apabila laptop anda beroperasi dengan bateri sepenuhnya tanpa sumber elektrik) dengan mengambil langkah-langkah berikut
- kurangkan pengcahayaan pada skrin dengan mengurangkan "brightness"
- elakkan menggunakan bunyi speaker yang kuat
- kurangkan penggunaan CD atau DVD drive
- hentikan (disable) fungsi wireless, Bluetooth dan infrared sekiranya tidak digunakan
- hentikan fungsi "screensaver", sebaliknya gunakan fungsi untuk menggelapkan skrin setelah beberapa tempoh yang ditetapkan

d) sekiranya anda ada bajet yang lebih, dapatkan bateri laptop tambahan dan cajkan terlebih dahulu, bagi mengelakkan kehabisan bateri apabila sumber elektrik tiada.



11. Waranti
Sekiranya laptop anda masih di dalam waranti, elakkan daripada membuat sebarang tindakan termasuk membuka skru laptop anda untuk melihat bahagian dalaman laptop anda. Sebaik-baiknya terus hubungi penyelenggara yang ditetapkan untuk melihat atau memeriksa sebarang kerosakan.



12. Penyelenggaraan
Sebagaimana kenderaan atau tubuh badan anda memerlukan pemeriksaan selepas jangkamasa tertentu, adalah bijak untuk menghantar laptop anda untuk diperiksa oleh penyelenggara komputer yang pakar tentang laptop anda untuk diperiksa dan dibersihkan komponen bahagian dalamannya termasuk untuk memeriksa segala proses berjalan dengan lancar.


Tip-tip ini berguna sekiranya anda ingin mendapatkan jangka hayat dan prestasi yang berpanjangan untuk komputer anda. Sekiranya anda menukar laptop anda setiap 2 atau 3 tahun sekali (untuk mendapatkan model yang terbaru), tip-tip ini mungkin boleh menaikkan nilai laptop anda semasa anda menukar-beli atau menjualnya sebagai laptop terpakai.

Sumber: Kenneyjacob.com dan Chris.Pirillo.com

Sunday, June 21, 2009

Cara membuat link kepada foto anda di Flickr





Tahukah anda bagaimana untuk meletakkan gambar di dalam laman web atau blog anda, yang anda linkkan ke lokasi lain contohnya di image hosting seperti Flickr, Photobucket atau Imageshack . Cara ini berguna untuk menjimatkan ruang yang dikhususkan untuk gambar yang diupload ke dalam blog atau hosting laman web anda.



Tahukah anda juga bagaimana untuk membuat skrip salin tampal bagi gambar yang anda linkkan tadi bagi memudahkan ianya diletakkan di blog atau laman web lain untuk ditujukan ke laman web anda?



Artikel kali ini akan menunjukkan anda caranya. Untuk kali ini contoh digunakan bagi gambar yang anda uploadkan di Flickr




Cara-cara mengupload gambar ke Flickr.



1. Sign up sekiranya anda belum ada akaun di Flickr. Caranya hanya log in menggunakan akaun email yahoo anda.



2. Pilih option "Upload your first photos"



3. Pilih "Choose photos and videos" dan pilih fail imej (jpeg, gif atau bmp) yang anda ingin upload



4. Pilih option public. anda boleh juga cuba private dan sekiranya imej anda boleh dilink bermakna tiada masalah.



5. Klik "Upload Photos and Videos"



6. Klik "add a description" dan letakkan maklumat yang anda mahu tentang fail imej anda.






Cara-cara membuat skrip salin tampal bergambar ke laman web atau blog anda

Perhatian : Jika anda ada membaca artikel ini sebelum in, ada beberapa perubahan telah dibuat untuk cara yang lebih bagus terutamanya jika gambar anda adalah gambar dinamik (gif). Harap maklum.

1. Klik gambar imej yang anda ingin jadikan skrip dan klik butang "ALL SIZES"


2. Highlight url link gambar tersebut pada pilihan nombor 2 "Grab the photo's URL"
(klik dan semua link dihighlight). Anda boleh guna Ctrl+C atau tekan butang kanan di atas link yang dihighlight tadi dan pilih copy.

3. Pergi ke tempat anda ingin membuat link tadi dan tekan Ctrl+V atau tekan butang kanan dan pilih paste.

4. Buat skrip salin tampal, anda boleh gunakan skrip berikut:


<A href="Url link"><IMG alt="Text" src="Link image" </A>
Url link adalah link kepada laman yang anda ingin pergi melalui link imej ini

Text adalah kata-kata yang akan keluar sekiranya anda letakkan pointer ke atas gambar tersebut seperti di bawah













Link image adalah url link gambar yang anda salin dari Flickr tadi.




Setelah siap skrip salin tampal anda akan kelihatan seperti ini:

<A href="http://kausar-kreatif.blogspot.com"><IMG alt="Klik di sini untuk mendapatkan maklumat dan tips di Kausar Kreatif Infomedia Online" src="http://farm4.static.flickr.com/3311/3645631935_5a2bfd5623_m.jpg" </A>

Pastikan anda tidak mengubah apa-apa kepada skrip anda termasuk menambah atau membuang satu "space" sekalipun kerana dikhuatiri skrip anda tidak boleh dibaca sebagai satu kod html.

Salin dan tampalkan di dalam laman web atau blog yang anda ingin letakkan link tadi.

Sekiranya anda menggunakan Blogger Blogspot, anda boleh memilih:
Layout > Add a gadget > Add HTML/Javascript


Sekiranya gambar image link anda dapat dilihat dan bila diklik akan membawa anda ke laman yang sepatutnya, bererti image link anda sudah siap. Jika tidak cek skrip anda mungkin ada kesilapan dan perlu diperbaiki atau disalin tampal semula.


Ini hanya salah satu cara sahaja kerana terdapat pelbagai cara yang ada untuk menghasilkan image link. Sekiranya anda ada cara yang lebih baik, silah komen post saya ini.

Selamat mencuba

Wednesday, May 20, 2009

Cara menghantar video anda ke Youtube




Apakah Youtube?

Youtube adalah perkhidmatan video online yang percuma bagi sesiapa sahaja untuk menonton, menghantar dan berkongsi video mereka dengan sesiapa sahaja di pelusuk dunia melalui talian internet.


Cara-cara menghantar video anda ke Youtube

1. Anda perlu mendaftar secara percuma terlebih dahulu

2. Sediakan video anda dalam apa jua format yang diterima, sebaik-baiknya dalam bentuk MPEG4 (xvid atau divx), dengan resolusi 320x240, beraudio MP3, dan frame 30fps. Lebih baik jika anda dapatkan converter dan tukar video anda dalam bentuk FLV. Pastikan ia bukan bahan dengan hakcipta terpelihara. Saiz maksima adalah 100MB dan tempoh paling lama adalah 10 minit sahaja. Jika video anda panjang sehingga satu jam contohnya, anda boleh pecahkan ia menjadi beberapa video dengan tempoh 10 minit setiap satu dan labelkan dengan sempurna dengan format "Tajuk 1 of 5" atau "Tajuk 1/5" dan sebagainya.

3. Klik Upload Videos, kemudian masukkan butir-butir pendaftaran anda

4. Masukkan maklumat video anda seperti tajuk, keterangan, kategori, bahasa dan tekan Go upload a file ,

5. Pilih sama ada anda ingin semua orang melihat video anda (public) atau tidak (private) dan tekan Upload Video

6. Anda perlu tunggu beberapa lama untuk video anda selesai di hantar ke Youtube.


Sumber: Web Video Zone


Contoh video dari Youtube: